Kaedah menyimpan dengan maa takaful i-link

Kaedah menyimpan dengan maa takaful i-link

Pada hari ini, ingin saya kongsikan kembali kelebihan pelaburan unit amanah berbanding instrumen pelaburan yang lain. Dan saya telah memilih untuk berkongsi mengenai kelebihan pelaburan unit amanah berbanding akaun simpanan biasa di bank.
Dari aspek keuntungan/pulangan, pelaburan unit amanah dapat memberikan pulangan yang jauh lebih besar berbanding akaun simpanan biasa. Ini adalah kerana kedua-duanya mempunyai konsep yang berbeza, iaitu pelaburan dan simpanan.
Melabur adalah kaedah untuk melipat-gandakan pulangan daripada duit yang dilaburkan, manakala menyimpan hanyalah sekadar… menyimpan! Cumanya, jika kita menyimpan di institusi perbankan, pihak bank akan memberikan ganjaran dalam bentuk faedah/keuntungan dengan kadar yang telah ditetapkan. Jika duit tersebut hanya disimpan di rumah, ganjaran tersebut tidak akan kita perolehi.
Oleh sebab itu, kita perlu jelas apa tujuan kita menyimpan dan apa tujuan kita melabur. Jika kita menyimpan sekadar untuk memenuhi keperluan penggunaan segera tatkala berlaku kecemasan, maka simpanan adalah kaedah terbaik, kerana kita boleh mencairkan aset tersebut pada bila-bila masa. Itu pun tertakluk kepada had pengeluaran bank!
Namun, jika kita mengharapkan pulangan yang lebih daripada simpanan di bank, maka kita mungkin tidak akan menikmati kelebihan itu sampai bila-bila pun. Oleh yang demikian, simpan sebahagian duit kita dan laburkan sebahagian yang lain. Pakar kewangan sering menasihatkan supaya kita menyimpan sekadar yang perlu sahaja. Menurut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), kita perlu mempunyai simpanan yang dapat menampung perbelanjaan selama 6 bulan untuk tujuan kecemasan. Maka, laburkanlah lebihan simpanan kita untuk memperolehi pendapatan tambahan.
Dari aspek risiko kewangan, pelaburan unit amanah boleh mengatasi risiko kesan inflasi terhadap nilai duit kita. Inflasi boleh diukur dengan merujuk kepada Indeks Harga Pengguna (IHP). IHP mengukur harga purata barang-barang dan perkhidmatan yang biasanya digunakan oleh pengguna. IHP diukur dengan membandingkan purata harga barangan dan perkhidmatan pada tahun asas dengan purata harga bagi tahun semasa.
Sementara itu kadar inflasi pula adalah peratus perubahan paras harga barangan dan perkhidmatan tahun semasa berbanding tahun asas. IHP mengambilkira lebih kurang 430 item barangan dan perkhidmatan yang digunakan oleh seunit isi rumah secara am (average household expenditure). Daripada gambarajah di bawah, kita dapat lihat bahawa kadar inflasi negara kita sentiasa meningkat.


 (Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia)
Lihat sahaja pada kenaikan IHP bagi makanan dan minuman bukan alkohol bagi Januari 2008 dan Januari 2010. Purata kenaikan tahunan harga makanan dan minuman bukan alkohol melebihi 4% setahun. Dengan keuntungan sekitar 2-3% setahun, bagaimana simpanan kita di bank dapat menyelamatkan kita daripada mengalami kesan inflasi? Siapa kata menyimpan di bank tidak ada risiko? Inflasi adalah risiko utama duit simpanan kita di bank!
Cukuplah sekadar membandingkan 2 perkara utama yang membezakan pelaburan unit amanah dan akaun simpanan biasa. Semoga ia dapat membuka minda kita kepada kepentingan untuk melaburkan duit kita agar kita dapat memperolehi lebih pendapatan serta mengurangkan kesan inflasi ke atas diri kita.

Leave a Reply

Accessories

Followers

Twitter Feeds